- 4 views
PUTRAJAYA, 30 Julai 2025 – YBhg. Dato' Nor Azmie Bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, hari ini menyerahkan secara rasmi dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) kepada YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, YB Menteri Kewangan II Memangku Menteri Ekonomi.
Penyerahan ini menandakan berakhirnya fasa penyediaan pelan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026–2030, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 31 Julai 2025 oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. RMK13 digubal sebagai pelan pembangunan menyeluruh berteraskan prinsip adil dan saksama agar tiada kumpulan dipinggirkan, hasil libat urus meluas bersama pelbagai pemegang taruh termasuk kerajaan negeri.
#RMK13
#KementerianEkonomi
#KerajaanMADANI
#MalaysiaMADANI