- 4 views
PUTRAJAYA, 30 Julai 2025 – YBhg. Dato' Nor Azmie Bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, hari ini menyerahkan secara rasmi dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) kepada YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi.
Penyerahan ini mengukuhkan peranan Kementerian Ekonomi dalam memacu pelaksanaan RMK13 sebagai pelan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026–2030.
Dokumen ini menjadi panduan strategik bagi memperkasa pertumbuhan ekonomi negara, meningkatkan kesejahteraan rakyat, dan memastikan pembangunan yang inklusif meliputi semua wilayah serta lapisan masyarakat.
#RMK13
#KementerianEkonomi
#KerajaanMADANI
#MalaysiaMADANI