πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ„ππ˜π„π‘π“π€π€π πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„πŒπˆπ‹πˆπŠπ€π: πŒπ„πŒπ€π‚π” π„πŠπŽππŽπŒπˆ π‰πˆππ†π†π€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, telah merasmikan KL20@Johor 2026: The Orange Economy Chapter – β€œCreativity Reimagined” di Iskandar Malaysia Studios, yang menghimpunkan pencipta, pelabur, rakan teknologi serta pemain industri kreatif dari dalam dan luar negara pada 29 September 2026.

Berteraskan agenda Ekonomi Jingga di bawah RMK13 yang merangkumi sektor seperti filem, televisyen, animasi, permainan, muzik, reka bentuk, kesan visual, produksi maya, kandungan digital dan teknologi kreatif, majlis ini memberi penekanan kepada usaha mengubah kekuatan kreativiti dan bakat tempatan kepada nilai ekonomi yang lebih tinggi, khususnya melalui pemilikan harta intelek (IP), pelaburan, eksport dan pewujudan pekerjaan berkemahiran tinggi.

Industri budaya dan kreatif telah menyumbang 6.8% kepada KDNK negara dengan nilai ditambah kasar RM130.7 bilion pada 2024, sekali gus menunjukkan potensi besar sektor ini sebagai sumber pertumbuhan baharu.

Sempena KL20@Johor 2026, satu kerjasama antarabangsa bernilai US$22 juta bagi tempoh dua tahun turut diumumkan bagi pembangunan dan penghasilan kandungan kreatif, melibatkan kerjasama OMG Studios bersama Sandpiper Entertainment dari Australia dan Green Fish Studio dari Korea.

Kerjasama ini membuka ruang kepada bakat, studio, vendor dan pemilik IP Malaysia untuk terlibat dalam produksi antarabangsa serta membina keupayaan yang lebih kukuh.

Kementerian Ekonomi akan terus bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan, Kerajaan Negeri, industri, pelabur serta komuniti kreatif bagi memastikan agenda ini diterjemahkan kepada hasil nyata.

Daripada idea kepada prototaip. Daripada prototaip kepada produk. Daripada penyertaan kepada pemilikan. Daripada kreativiti kepada nilai ekonomi untuk Malaysia.

#KementerianEkonomi #MADANIBekerja #taatsetia #KL20Johor2026 #EkonomiJingga