- 32 views
Kementerian Ekonomi berbesar hati menerima kunjungan 15 orang pegawai kerajaan dari negara Timor-Leste pada 6 Ogos 2025 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Aras G, Kementerian Ekonomi.
Lawatan ini merupakan anjuran Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), bertujuan memberi kefahaman berkenaan tadbir urus & penggubalan dasar awam negara kepada pegawai kerajaan dari negara membangun lain di bawah MTCP.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Rosnita Binti Hamzah, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik. Sesi interaktif soal jawab & perkongsian ilmu turut diadakan bagi memahami dengan lebih dekat amalan terbaik kedua-dua negara. Melalui sesi ini delegasi berpeluang memahami peranan Kementerian Ekonomi dalam penggubalan dasar sosioekonomi dan strategi & inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan agenda negara mencapai hasratnya. #KementerianEkonomi #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #TaatSetia