- 40 views
20 September 2024, Putrajaya - YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada Amanah Lestari Alam (ALAM) pada 20 September 2024 di Pejabat Timbalan Menteri Ekonomi, Menara Prisma, Putrajaya.
Antara perkara yang dibincangkan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan budaya melaporkan pelanggaran berkaitan alam sekitar dengan bekerjasama daripada sektor awam, sektor swasta, dan masyarakat sivil.
Selain itu, ALAM juga menyokong dasar untuk meningkatkan tadbir urus dengan berkolaborasi antara pemain industri dan pembuat dasar bagi pelaksanaan inisiatif yang berimpak tinggi.