26 November 2024, Putrajaya - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi menerima kunjungan hormat daripada EU-ASEAN Business Council (EU-ABC) dan EUROCHAM pada 26 November 2024 di Menara Prisma, Putrajaya. Pertemuan ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama strategik ekonomi antara Malaysia dan Kesatuan Eropah, termasuk peluang pelaburan dan perdagangan.

Perbincangan juga meliputi pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI, strategi peralihan tenaga untuk mencapai sasaran sifar karbon bersih, dan cabaran teknologi baharu seperti tenaga solar, pengecas EV, dan pusat data, serta pembangunan sektor aeroangkasa di bawah RMK-13.