- 8 views
1 November 2024, Putrajaya - YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi telah menerima Kunjungan Hormat daripada H. E. Mr Taras Kachka, Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine pada 1 November 2024 (Jumaat) di Pejabat Timbalan Menteri Ekonomi, Menara Prisma, Putrajaya.
Kunjungan hormat ini membincangkan usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Ukraine, terutama dalam sektor ekonomi yang berpotensi untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada kerjasama antara kedua-dua negara.