- 38 views
10 Februari 2025, Putrajaya - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, bersama YB Dato' Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, telah menerima kunjungan hormat daripada Will Abbey, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited. Arm Limited, berpangkalan di Cambridge, England, adalah peneraju dalam reka bentuk pemproses berprestasi tinggi dan cekap tenaga, yang menjadi asas kepada pelbagai peranti moden, termasuk telefon pintar dan pusat data.
Pertemuan ini menandakan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab utama dalam ekosistem semikonduktor dan pusat data. Melalui dasar yang jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional, Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur luar.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#taatsetia
#MADANIBekerja