- 110 views
PUTRAJAYA, 8 Disember 2022 - YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pagi tadi.
Hadir sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Puan Ruziah binti Shafei, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, MOSTI dan Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, MOSTI.