πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€β€“π’πˆππ†π€ππ”π‘π€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π„πŠπŽππŽπŒπˆ, 𝐏𝐀𝐂𝐔 ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π 𝐉𝐒-𝐒𝐄𝐙

PUTRAJAYA, 1 OKTOBER 2026 β€” Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, hari ini berbesar hati menerima kunjungan H.E. Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan, Republik Singapura, bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan kerjasama ekonomi Malaysia–Singapura, khususnya JS-SEZ dan CCS rentas sempadan.

Lebih S$5.5 bilion (RM17.97 bilion) komitmen pelaburan syarikat berpangkalan di Singapura telah direkodkan dalam JS-SEZ setakat Oktober 2025.

Kedua-dua negara kini memberi tumpuan kepada fasa seterusnya pelaksanaan melalui mesyuarat pertama JSCMC, yang dijadualkan secara tentatif pada 2 November 2026 di Singapura, diikuti pelancaran Blueprint JS-SEZ semasa 13th Malaysia-Singapore Leaders’ Retreat pada 4-5 Disember 2026.

Dalam bidang CCS rentas sempadan, kedua-dua negara menyasarkan pemeteraian perjanjian dua hala pada suku keempat 2026, sebagai langkah ke arah pembangunan rantaian nilai CCS serantau.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen Malaysia dan Singapura untuk menterjemahkan hubungan ekonomi yang kukuh kepada pelaburan berkualiti, pekerjaan, peningkatan keupayaan dan pertumbuhan yang lebih mampan.

#MalaysiaSingapore #JSSEZ #EconomicCooperation #CCS #ASEAN