Putrajaya, 17 September 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) menerima kunjungan daripada Persatuan Guru dan Kakitangan MRSM Jeli.

Rombongan seramai 30 orang telah diberi taklimat tentang fungsi dan peranan Unit Perancang Ekonomi dalam merencanakan pembangunan negara dari bandar hingga ke desa.