- 180 views
KUALA LUMPUR, 12 November 2022 - Pada Sabtu lalu, berlangsung Kursus Bakeri, Pastri dan Sejuk Beku Modul 8 untuk peserta Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Fasa 1 Tahun 2022.
Dalam program yang bertempat di Bangunan Pasca Siswazah Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM) itu, para peserta mendapat bimbingan langsung daripada chef berpengalaman, Chef Nakhaee Issa.
Lebih istimewa apabila para peserta turut disantuni YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).