30 - 31 Julai 2025, Putrajaya - Bahagian Pengurusan Nilai dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Isu-Isu Perundangan Dalam Pengurusan Kontrak Kerajaan Berkaitan Projek Pembangunan pada 30 hingga 31 Julai 2025 (Rabu dan Khamis) bertempat di Bilik Jamuan, Aras 8, Menara Prisma, Kementerian Ekonomi. Kursus ini telah disertai oleh 42 orang pegawai Kementerian Ekonomi. Objektif kursus adalah untuk memberi pemahaman mendalam kepada peserta mengenai syarat-syarat kontrak serta aspek perundangan yang berkaitan dengan industri pembinaan negara. Peserta turut didedahkan kepada kes-kes mahkamah sebenar melibatkan kontrak pembinaan bagi memahami implikasi undang-undang dan kepentingan pematuhan terhadap klausa kontrak. Kandungan kursus merangkumi prinsip asas dan amalan praktikal pengurusan kontrak berdasarkan peruntukan undang-undang semasa, dengan fokus kepada kecekapan, ketelusan dan profesionalisme dalam pentadbiran kontrak pembinaan. Pendedahan ini diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan negara. Kursus telah dikendalikan oleh Sr. Noliza Binti Din, Juruukur Bahan Penguasa, Jabatan Kerja Raya. Secara keseluruhannya, kursus ini diharap dapat memperkukuh kefahaman peserta dalam aspek perundangan dan pengurusan kontrak pembinaan, seterusnya memastikan pentadbiran kontrak dilaksanakan secara telus, berhemah dan mematuhi undang-undang.

#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#TaatSetia