Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menganjur Kursus Literasi Kewangan Peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Kementerian Ekonomi Peringkat Negeri Selangor pada 20 Julai 2024 di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, Selangor.

Penglibatan peserta adalah seramai 112 orang yang melibatkan daerah-daerah di Selangor seperti daerah Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan kewangan peserta IPR BMT, meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan serta merancang masa depan kewangan yang lebih stabil untuk jangka masa panjang.

Modul latihan dirangka dan dikendalikan oleh tenaga pengajar UiTM daripada pelbagai bidang kepakaran yang digunakan dalam semua sesi latihan yang dijalankan.