Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Pusat SDG Negara dengan kerjasama Seksyen Latihan Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus: Malaysia’s ESG Journey, Best Practices And Future Directions pada 26 Ogos 2024 bertempat di Listing Gallery, Bursa Malaysia.

Kursus berbentuk forum ini disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Kementerian Ekonomi dan agensi di bawah Kementerian Ekonomi. Ahli panel terdiri daripada Kementerian Ekonomi, Bursa Malaysia, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Small and Medium Enterprises Association (SAMENTA), ESGright Sdn. Bhd. dan Institut Sultan Iskandar (ISI).

Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk menyediakan satu platform perkongsian daripada semua pemegang taruh mengenai pematuhan amalan terbaik Environmental, Social and Governance (ESG) dan cabaran pelaksanaan dalam kalangan industri.

Turut hadir, Encik Asfaazam Kasbani, Pengarah Pusat SDG Negara dan Dr. Hezri Adnan, Pengarah Kemampanan Kumpulan, Bursa Malaysia.