- 56 views
Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Microsoft Excel (Beginner to Intermediate) pada 7 hingga 8 Ogos 2025 (Khamis dan Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Aras G, Menara Prisma, Kementerian Ekonomi. Kursus ini telah disertai oleh 42 orang pegawai Kementerian Ekonomi.
Objektif kursus adalah untuk pengguna Excel asas yang ingin meningkatkan kemahiran dalam manipulasi data, formula, pemformatan lanjutan, serta analisis data. Peserta akan didedahkan dengan topik seperti penapisan berkesan, penggunaan PivotTables, dan fungsi logik agar dapat bekerja dengan lebih cekap.
Kandungan kursus merangkumi kemahiran manipulasi data lanjutan, penggunaan formula dan fungsi Excel peringkat pertengahan, serta asas alat analisis data seperti PivotTables dan What-If Analysis, dengan fokus kepada ketepatan pengiraan, kecekapan analisis, dan sokongan keputusan berasaskan data. Pendedahan ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti kerja dan keberkesanan proses pengurusan maklumat.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Jawad Bin Tajuddin, Bahagian Ekonomi Makro dan dibantu oleh 3 orang fasilitator iaitu YBrs. Dr. Masthura Binti Yahaya, Bahagian Ekonomi Makro, En. Wan Muhamad Izzat Bin Wan Ibrahim, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Ekonomi dan En. Mohamad Akmal Bin Mohamad Asri dari Unit Statistik, Kementerian Ekonomi.
Secara keseluruhannya, kursus ini diharap dapat memperkukuh kemahiran peserta dalam pengendalian data, penggunaan formula dan fungsi Excel, serta aplikasi alat analisis data, seterusnya memastikan pengurusan maklumat dan proses analisis dilaksanakan secara tepat, efisien dan menyokong keputusan berasaskan data. #KementerianEkonomi #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja #taatsetia

