- 129 views
PUTRAJAYA, 19 November 2023 - Kursus Protokol Kementerian Ekonomi Tahun 2023. Pegawai dan pasangan pegawai telah menghadiri Kursus Protokol Kementerian Ekonomi Tahun 2023 yang telah diadakan pada Ahad yang lalu.
Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) di Sepang, Selangor. Kursus yang dikendalikan oleh Encik Sophian bin Abd Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Bahagian Istiadat Istana Negara ini memberikan pendedahan secara teori dan praktikal kepada semua peserta berkaitan aspek protokol, etiket sosial serta pengurusan majlis.