- 13 views
YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah hadir ke Menara PERKESO, Putrajaya bagi sesi lawatan kerja ke War Room Dasar Gaji Progresif.
Lawatan ini bertujuan untuk memantau gerak kerja pasukan yang bertanggungjawab dalam menyelaras serta menguruskan proses pelaksanaan projek rintis Dasar Gaji Progresif. Pelaksanaan dasar ini juga melibatkan kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan beberapa agensi lain.
Hadir sama dalam lawatan tersebut adalah YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi; YBrs. Encik Che Rahim Daud, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Kementerian Ekonomi; YBrs. Encik Yusoff Harun, Setiausaha Majlis Perundingan Negara; dan Encik Azziruan Arifin, Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, PERKESO.