- 302 views
Jempol, 3 April 2021 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mengadakan lawatan kerja ke kebun halia muda Amran Mahat di FELDA Raja Alias Satu.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau perkembangan Program Pembangunan Peneroka (PPP) di tanah rancangan FELDA. Ketika ini terdapat 132 projek PPP dengan pecahan 63 projek individu dan 69 projek yang diusahakan koperasi.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Serting, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli.