Bandar Hilir, 13 September 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed mengadakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Negeri Melaka pada hari ini. Setiba dari FELDA Bukit Rokan, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) menghadiri Majlis Makan Malam bersama Kerajaan Negeri Melaka. Seterusnya beliau bersama YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Bersama Kerajaan Negeri Melaka Berkaitan "Industri Pelancongan : Sebelum dan Selepas COVID-19" bagi membincangkan hala tuju dalam merancakkan industri pelancongan pasca COVID-19. Hadir sama, YB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Seri Dr. Hasim Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi; YBhg. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengarah Eksekutif EAC dan pengurusan tertinggi EPU.