Lahad Datu, 5 September 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mengadakan lawatan rasmi ke FELDA Sahabat.

Lawatan rasmi tersebut memberi ruang kepada YB Menteri untuk berkomunikasi secara bersemuka bersama warga peneroka melalui sesi dialog.

Antara perkara yang dibangkitkan merangkumi aspek pembangunan infastruktur serta kebajikan sosial warga peneroka.