Slim River, 20 Ogos 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mengadakan lawatan kerja ke Felda Trolak, Perak.

Lawatan kerja tersebut dimulakan dengan sesi perjumpaan bersama pengurusan FELDA Wilayah Trolak yang melibatkan pegawai dan pengurus rancangan .

Seterusnya YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melawat FELDA Teknoplant Sdn Bhd bagi melihat pembangunan infastruktur di fasiliti tersebut.