Kementerian Ekonomi menerima lawatan 100 orang pelajar dan 2 orang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 14 Jun 2024, di bawah Program Inovasi Pengajaran dan Kursus EPPE2133 Kerajaan dan Pembangunan Industri. Delegasi UKM diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mustazar bin Mansur dan Dr. Naziatul Aziah binti Mohd Radzi daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.


Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari mengenai dasar-dasar kerajaan dan proses perindustrian dalam ekonomi negara. Kementerian Ekonomi telah memberi taklimat bertajuk: “The Evolution of Industrialisation in Malaysia” yang disampaikan oleh Cik Salizan binti Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi dan “The National Energy Transition Roadmap” (NETR) oleh En. Taufik Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Tenaga.