- 122 views
Kementerian Ekonomi menerima kunjungan pelajar-pelajar Program Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 28 Jun 2024.
Delegasi UMT diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Shazwan bin Arifin, diiringi oleh YBrs. Dr. Norfatiha binti Othman dan YBrs. Dr. Abdul Rahman bin Abdul Latip.
Tujuan lawatan adalah untuk memahami lebih jelas penggubalan dan perancangan dasar pembangunan negara oleh Kementerian Ekonomi selain membina jaringan kerjasama dengan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan UMT.
Taklimat bertajuk “Penggubalan Dasar Pembangunan Sosioekonomi” telah disampaikan oleh Puan Rosnita binti Hamzah, Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Ekonomi.