6 Februari 2025, Putrajaya - Kementerian Ekonomi telah menerima lawatan rasmi kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN tahun 2024. Seramai 60 orang peserta terlibat dan diketuai oleh YBrs. Dr. Peter Brian dari Pusat Pengajian Ekonomi dan Kewangan Awam, INTAN.

Pn. Melissa Binti Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah (Unit Strategik Pintar), Bahagian Perancangan Strategik (BPSt) telah menyampaikan taklimat mengenai peranan dan fungsi Kementerian Ekonomi serta memberikan pencerahan mengenai tadbir urus ekonomi yang mampan dalam pembangunan negara. Sesi interaktif bersama pegawai BPSt turut diadakan merangkumi soal jawab dan kuiz melalui platform Kahoot bagi meningkatkan pemahaman peserta.

Semoga sesi ini memberi manfaat dan memperkukuhkan kefahaman peserta mengenai kementerian dan dasar ekonomi semasa serta meningkatkan kerjasama strategik antara INTAN dan Kementerian Ekonomi.

#Kementerianekonomi

#taatsetia

#MalaysiaMadani

#MADANIBekerja