- 3 views
2 Mei 2025, Nilai - YBhg. Tuan Che Zam Hamzah, Setiausaha Politik kepada Menteri Ekonomi, telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Tanaman Timun Hijau Cerah di Nilai, Negeri Sembilan. Lawatan ini turut disertai oleh En. Fauzi Khamis, Pegawai Tugas-Tugas Khas (Operasi), serta En. Aziyan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tani, Kementerian Ekonomi.
Projek ini merupakan sebahagian daripada Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) – Usahawan Tani yang dilaksanakan oleh Tuah Plantation Sdn. Bhd. Inisiatif ini membuka peluang keusahawanan pertanian kepada rakyat, meningkatkan pendapatan dan menyokong keterjaminan makanan negara.
#KementerianEkonomi
#IPR
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#taatsetia