- 328 views
Susulan Program Knowledge Sharing Pelaksanaan IPR-INTAN Secara RFP di Pulau Pinang pada 4 & 5 Jun yang lalu, pihak Regional Corridor Development Authority (RECODA), salah sebuah agensi di bawah Kementerian Ekonomi (KE) bersama Bahagian Pertanian dan Unit Kemiskinan, Kementerian Ekonomi telah melawat Tapak Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat – Usahawan Tani (IPR-INTAN) di Tapak Projek IPR-INTAN Putrajaya, Presint 9, Putrajaya dan Tapak Projek IPR-INTAN Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 20 Jun 2024.
Pihak RECODA telah membuat permohonan untuk melaksanakan lawatan ini bagi tujuan penandaarasan dan mempelajari konsep pelaksanaan projek IPR-INTAN dengan lebih dekat. Program ini dihadiri oleh 19 orang peserta yang terdiri daripada Agensi dan Syarikat/Entiti yang berminat untuk menjadi rakan strategik bagi melaksanakan Program IPR-INTAN di Sarawak.
Antara Agensi dan Syarikat/Entiti yang terlibat dalam lawatan ini adalah Sayotama Farm & Construction Sdn Bhd, Canard Industry Sdn Bhd, JOEYEES Trading Sdn Bhd, Saramanis Sdn Bhd, Koperasi Pesara Kerajaan Negeri Sarawak, Top Fruits Sarawak Sdn Bhd, Asia Twinlink Sdn Bhd dan PUSAKA Capital Sdn Bhd.
Secara amnya, lawatan ini dilihat mampu menarik minat agensi dan syarikat/entiti untuk menjadi rakan strategik bagi melaksanakan Program IPR-INTAN di Sarawak.