- 287 views
Putrajaya, 18 September 2020 - Unit Perancang Ekonomi (EPU) menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 dan Sanjungan Budi 2020 bagi menghargai komitmen dan dedikasi perkhidmatan cemerlang para pegawai dalam tahun 2019 yang lalu dan menghargai sumbangan khidmat bakti pegawai UPE,JPM yang bakal bersara pada tahun 2020.
Seramai 53 orang pegawai menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019 dan dua orang (2) penerima Anugerah Khas. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik lagi semangat warga EPU untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang pada tahun - tahun yang mendatang.
Majlis telah dirasmikan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). Hadir sama, YBhg Dato' Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah EPU; YBhg Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi dan pengurusan tertinggi EPU.