Putrajaya, 11 Jun 2024 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi bersama YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi dan YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi meraikan warga kerja cemerlang dan para pesara sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 & Jasamu Dikenang Tahun 2024 Kementerian Ekonomi semalam.

Pada majlis yang berlangsung, seramai 123 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 yang terdiri daripada 47 orang warga Kementerian Ekonomi dan 76 pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertugas di Ibu Pejabat.

Pesara yang diraikan pula ialah 22 orang dengan 10 daripadanya petugas Kementerian Ekonomi manakala 12 lagi warga kerja DOSM. Turut berlangsung, penyampaian Anugerah Khas Kementerian Ekonomi kepada 4 orang pegawai.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Buat para pesara yang diraikan, jasa anda amat dihargai.