- 82 views
13 Jun 2025, Putrajaya - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 dan Jasamu Dikenang Tahun 2025 Kementerian Ekonomi telah berlangsung bagi meraikan kecemerlangan warga kerja serta mengenang jasa para pesara.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, serta YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.
Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024, seramai 136 penerima telah diraikan, terdiri warga Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Penyampaian bagi Anugerah Khas turut disampaikan kepada pegawai di Kementerian Ekonomi dan DOSM, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang mereka dalam perkhidmatan awam.
Majlis ini turut menghargai jasa serta meraikan pesara daripada Kementerian Ekonomi dan pesara DOSM, atas khidmat bakti mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, dan penghargaan tulus buat para pesara atas segala jasa yang telah dicurahkan.