Putrajaya, 10 November 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara menerusi sidang video yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis berkenaan adalah tadbir urus tertinggi dalam menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital dan 4IR negara. Sebanyak enam kluster telah dikenal pasti sebagai komponen penggerak agenda ekonomi digital dan 4IR.

Selain itu, sebuah jawatankuasa pemandu dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) turut diwujudkan untuk memacu kolaborasi antara pelbagai kementerian dan agensi serta pihak swasta dalam merealisasikan agenda ekonomi digital dan 4IR yang berpandukan hala tuju majlis berkenaan.