YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 pada 21 Julai 2024 di Cyber Event Hall, Cyberjaya, Selangor.

Kementerian Ekonomi telah menghantar wakil ke majlis tersebut dan telah memenangi tempat ke 2 Pertandingan Wefie Sempena Majlis Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.

Di dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu hati dan bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang dengan tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka untuk menaikkan semangat perjuangan kemerdekaan.

Hadir sama, YBhg. Datuk Yatimah Binti Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi.