Kuala Lumpur, 27 April 2021 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Majlis Pelancaran National Oil & Gas Services and Equipment (OGSE) Industry Blueprint.

Pelan Hala Tuju Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Kebangsaan 2021-2030 dijangka membantu sektor OGSE tempatan menyumbang hasil antara RM40 bilion hingga RM50 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2030 berbanding RM21 bilion pada 2020.