- 67 views
PETALING JAYA, 13 Jun 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi melancarkan Panduan Belanjawanku untuk individu dan keluarga di Malaysia 2022/2023 yang diterbitkan KWSP dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya.
Selain itu, KWSP juga memperkenalkan aplikasi Belanjawanku untuk menyediakan anggaran perbelanjaan bulanan minimum untuk pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan bagi isi rumah yang berbeza.