KUALA LUMPUR, 15 Mei 2023 - Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah menubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (Pusat 4IR) yang dirasmikan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan Børge Brende, Presiden WEF semalam.

Pusat 4IR akan menjadi tunjang kepada kerjasama antara Kementerian Ekonomi, WEF dan MyDIGITAL Corporation.

Seiring dengan fungsi utamanya, pusat tersebut akan bertindak sebagai platform yang dinamik bagi sesi dialog pihak berkepentingan, dasar inovasi dan mewujudkan penyelesaian transformatif dalam menempuh cabaran yang dihadapi oleh Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).

YB Rafizi Ramli turut menyaksikan pertukaran dokumen antara MyDIGITAL Corporation dan WEF.