- 18 views
PUTRAJAYA, 21 Mac 2023 – Majlis Pelepasan (flag off) Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam (PSPA) Pasca Banjir ke Johor telah berlangsung pagi ini yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya.
Seramai 1,500 Sukarelawan Penjawat Awam termasuk 35 sukarelawan mewakili Kementerian Ekonomi mengikuti konvoi misi bantuan pasca banjir ke beberapa lokasi di Johor yang terkesan musibah banjir kali ini.
Hadir sama pada pada majlis pelepasan tersebut YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi.