- 631 views
PUTRAJAYA, 28 Julai 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah merasmikan Majlis Pengumuman Penemuan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 di Dewan Anggerik, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
DOSM telah mengeluarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia, 2022; 14 Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah mengikut Negeri dan Daerah Pentadbiran, 2022; Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 2022; 14 Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah mengikut Negeri dan Daerah Pentadbiran, 2022. Selain tiga Laporan lain ialah Laporan Kemiskinan Malaysia 2022 dan Laporan Ketidaksamarataan Pendapatan Malaysia 2022 yang diterbitkan buat julung kalinya serta Intisari Pendapatan Perbelanjaan Kemiskinan Ketidaksamarataan 2022.