YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menghadiri Majlis Penutup Program MADANI Rakyat 2024 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Tapak Pesta Sungai Nibong hari ini.

Reruai Kementerian Ekonomi di program tersebut telah memberi pengetahuan dan infomasi kepada orang ramai berkaitan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) dan Banci Pertanian. Terdapat juga pelbagai aktiviti yang dianjurkan kepada pengunjung.