- 46 views
Pada 17 September 2024, YBhg. Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) telah menghadiri Majlis Perasmian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Turut hadir ialah pegawai-pegawai Bahagian Industri Perkhidmatan, Kementerian Ekonomi. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.
Bertemakan Globalising Halal Innovations, YAB Perdana Menteri turut menyatakan pencapaian luar biasa MATRADE dan Kerajaan membawa kejayaan kepada industri halal Malaysia yang telah melepasi nilai eksport RM50 billion untuk dua tahun berturut-turut.
Edisi MIHAS ke-20 ini unik kerana menyaksikan pengenalan 14 kluster baharu termasuk kluster kelestarian dan kandungan bahan halal sejak mula diperkenalkan pada tahun 2004. Sekian, terima kasih.