Majlis Perasmian Sistem Solar Fotovolta Parlimen Malaysia 🌞

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), pada 24 Julai 2025 (Khamis), bertempat di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Turut hadir, ialah Timbalan Menteri Ekonomi, Dato' Hajjah Hanifah Hajar Taib serta Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato’ Luqman bin Ahmad .

Projek ini bermula pada 2 Februari 2024 dan telah siap sepenuhnya pada 30 September 2024. Antara skop utama projek ini adalah meliputi pemasangan solar PV di bumbung bangunan, di parkir kereta berbumbung dan di petak pengecasan untuk kenderaan elektrik.

Inisiatif ini selari dengan usaha Kerajaan memperkasa penggunaan tenaga boleh baharu dan mempercepatkan pelaksanaan agenda peralihan tenaga negara di bawah kerangka Malaysia MADANI. 🌱

#KementerianEkonomi

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#taatsetia