- 18 views
19 Februari 2025, Putrajaya - Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi bagi bulan Februari 2025 pada pagi ini dihadiri oleh YB Dato' Seri Mohd Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi. YBhg. Dato’ Dr. Zunika Mohamed, TKSU (Dasar). YBhg. Dato' Luqman bin Ahmad, TKSU (Sektoral) dan YBhg. Dato' Ts. V Valluvan a/l Veloo, TKSU (Makro).
Perhimpunan dimulakan dengan ucapan Ketua Setiausaha, Kementerian Ekomoni. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan ucapan tahniah kerana ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5 peratus pada 2024. Ia adalah sesuatu yang amat membanggakan. Beliau turut menyeru agar seluruh warga kementerian terus berusaha mempertahankan momentum pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2025.
Seterusnya, disusuli oleh ucapan Menteri Ekonomi. Dalam ucapanya beliau menekankan untuk membasmi kemiskinan dengan membangunkan intervensi bagaimana kerajaan dapat mempercepatkan pembasmian kemiskinan di Malaysia. Seterusnya dapat menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang mampan pada tahu 2025. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berpesan kepada warga kementerian mengenai pentingnya integriti dalam perkhidmatan dan turut merakamkan penghargaan atas komitmen serta khidmat bakti yang telah diberikan.
Akhir sekali, sesi soal jawab bersama Menteri Ekonomi telah diadakan bersama warga kementerian.
#kementerianekonomi
#taatsetia
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI