- 100 views
PUTRAJAYA, 29 November 2023 – YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Sempena Sambutan Hari Integriti dan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Kementerian Ekonomi Bersama Agensi Tahun 2023 di Menara Prisma.
Dalam ucapannya, beliau berharap nilai integriti dapat diserap kepada seluruh warga Kementerian Ekonomi supaya sentiasa amanah, bertanggungjawab, telus dan berintegriti serta pematuhan yang tinggi terhadap peraturan. Ia sejajar dengan kod etika Kementerian Ekonomi dalam setiap urusan dan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.
“Kita perlu sematkan dalam urusan seharian bahawa ‘Integriti bermula daripada saya’. Kita perlu berusaha mengekalkan imej dan status bersih kementerian dan agensi supaya tidak tercalar dengan salah laku jenayah dan tata kelakuan tidak berintegriti.” ucap beliau.