Majlis Perhimpunan Bulanan YB Menteri Ekonomi Bersama Warga Kementerian Dan Pelancaran Program Dekad Bahasa Kebangsaan telah berlangsung di Menara Prisma, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.

Kemudian diteruskan dengan ucapan daripada YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi serta gimik pelancaran program Dekad Bahasa Kebangsaan.

Di penghujung majlis, pengurusan tertinggi Kementerian Ekonomi menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji warga Kementerian Ekonomi.

Turut hadir, YBhg. Datuk Yatimah Binti Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato’ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi serta pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Ekonomi dan agensi.