Majlis Perhimpunan Bulanan YB Menteri Ekonomi bersama Warga Kementerian dan peluncuran Value Management Queue Lab (VMQLAB) telah berlangsung pada 3 September 2024 di Dewan Seri Melati, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.

Kemudian diteruskan dengan ucapan daripada YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi serta peluncuran Value Management Queue Lab (VMQLAB). Sistem VMQLAB merupakan usaha bagi membudayakan inovasi dan mentransformasi Kementerian ke arah operasi digital selaras dengan Kerangka Strategik MADANI.

Turut hadir, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, YBhg. Dr. Datuk Yatimah Binti Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato' Luqman Bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) serta pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Ekonomi.