- 82 views
Putrajaya, 30 Jun 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hadir ke Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Pengarang Media.
Penganjuran majlis tersebut memberi ruang kepada ketua-ketua pengarang untuk berinteraksi bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) di samping mengenal dengan lebih mendalam fungsi serta peranan Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi serta kepentingan data-data yang tepat dan terkini.
Turut hadir YB Tuan Arthur Joseph Kurup; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YBhg Dato' Saiful Anuar Lebai Hussen; Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, YBhg Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin; Ketua Perangkawan, YBhg Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali; Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi serta pengurusan tertinggi Unit Perancang Ekonomi.