- 145 views
Majlis Perjumpaan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan November 2022 telah berlangsung di Dataran Perdana Putra, Bangunan Perdana Putra 29 November 2022
Mewakili Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) dalam majlis itu ialah pengurusan tertinggi, YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Pengarah EPU, JPM; YBhg Datuk Dr Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU, JPM; dan Pengarah-Pengarah Bahagian EPU, JPM.
Majlis itu turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara; YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan wakil-wakil penjawat awam dari setiap jabatan/agensi JPM.