Tokyo, 2 Februari 2020 - YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengadakan pertemuan bersama rakyat Malaysia di Jepun hari ini.

Beliau telah berkongsi bagaimana kerjasama Malaysia dan Jepun telah menjadi semakin erat khususnya sejak Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan pada tahun 1982.

Di sesi pertemuan tersebut, rakyat Malaysia di Jepun turut didedahkan mengenai perkembangan dasar-dasar Kerajaan di tanah air dan usaha-usaha Kerajaan merapatkan kesenjangan ekonomi antara wilayah melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.