- 196 views
YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah merasmikan Majlis Prapeluncuran Acara Perdana KL20 di Parlimen Malaysia.
Penganjuran Sidang Kemuncak KL20 2024 bakal dijadualkan pada 22 dan 23 April di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
KL20 merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha melonjakkan nama negara sebagai ekosistem syarikat pemula 20 terbaik dunia, selain menjadi pintu masuk inovasi di Asia Tenggara.
Turut hadir YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan YBhg. Datuk Dr. Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi.