Putrajaya, 14 Febuari 2024 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah meluncurkan Majlis PraPeluncuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB 2024) di Dewan Putra, Pejabat Perdana Menteri hari ini. KEB 2024 merupakan landasan penting dalam mencari jalan lebih serius bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera. Kongres ini juga boleh memperkasakan Bumiputera dalam soal teknologi baharu dan pelan futuristik untuk generasi akan datang.

Hadir sama, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II dan ahli-ahli Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).