Putrajaya, 26 Mac 2024 - YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi telah merasmikan Majlis Prapeluncuran Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Penganjuran sidang kemuncak ini adalah komitmen Kerajaan Malaysia untuk mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan 17 Matlamatnya yang lebih dikenali sebagai SDG.

Segala usaha berkaitan SDG telah mula dilaksanakan secara berperingkat sejak tahun 2016, berdasarkan Rancangan Malaysia setiap 5 tahun, bermula dengan Rancangan Malaysia Ke-11.